Salam Sejahtera kepada Semua Pemilik Petak/Penghuni Intan Apartment
Untuk pengetahuan pemilik petak/penyewa petak, Perbadanan Pengurusan Intan Apartment dan Suruhanjaya Bangunan (COB) DBKL sedang megemaskini data-data pemilik petak di Apartrment Intan.
Terdapat banyak surat-surat dan dokumen yang dialamatkan kepada unit-unit/petak yang telah kosong. Hasil lawatan pihak pengrusan, terdapat unit/petak berkenaan telah ditinggalkan sejak sekian lama dan maklumat pemilikan yang terdapat dipejabat pengurusan juga tidak dikemas kini. Pihak perbadanan pengurusan mempunyai kesukaran untuk menjejaki pemilik-pemilik berkenaan.
Pihak perbadanan memohon kerjasama agar semua pemilik-pemilik petak di Intan dapat mengemaskini data-data pemilikan unit petak mereka di pejabat perbadanan pengurusan seberapa segera yang mungkin. Pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) DBKL telah mengarahkan pihak perbadanan mengemaskini data-data pemilik sebelum 30hb Jun 2013.
Kepada pemilik-pemilik aset di Intan Apartment diharap mengambil tindakan segera mengenai perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan