Sabtu, 27 Disember 2014

TP1M

Projek   TP1M  telah berjalan mulai 25/8/2014 hingga  16/10/2014.   Diharap semua penduduk dapat memberi kerjasama kepada kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja tersebut.   Kerja-kerja  yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

a.  Kerja Membaiki Bumbung, Gutter, Dinding Gutter dan Saluran Air Hujan
b.  Kerja-kerja Mengecat dibahagian dibahagian luar bangunan

Sumbangan Kepada Mangsa-mangsa Banjir Pantai Timur 2014

Persatuan Penduduk  Intan Apartment Taman Setiawangsa telah menyumbangkan bekalan makanan, pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur 2014.  Sumbangan  telah disampaikan kepada wakil TLDM pada jam 1.00 pagi di Pejabat Pengurusan Perbadanan Intan Apartment pada 27hb Disember 2014.

PPIA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada  semua penduduk yang sangat perihatin kepada mangsa-mangsa banjir pantai timur 2014.

Khamis, 24 April 2014

Kawalan Keselamatan Di Dalam Kawasan Intan Apartment

Mulai 1hb April 2014  Perbadanan Pengurusan Intan Apartment telah mengarahkan petugas kawalan keselamatan  supaya  tidak membenarkan pemilik kenderaan bermotor  yang tidak mempunyai kad access dan stiker memasuki ke dalam kawasan Intan Apartment.