Isnin, 21 November 2011

Penggunaan Acces Card untuk pemilik-pemilik petak/rumah di Apartment Intan

Salam sejahtera kepada pemilik/penghuni Intan Apartment


Jawatankuasa Pengurusan (MC) Intan Apartment telah bersetuju sebulat suara mulai 15hb November 2011, proses keluar/masuk di kawasan Intan Apartment akan dipertingkatkan demi keselamatan dan kesejahteraan pemilik dan penghuni Intan Apartment.

Kita sering kali mendengar pelbagai jenayah telah berlaku di kawasan kita seperti rompakan dan kecurian harta benda pemilik dan penghuni di kawasan Intan Apartment.  Dengan terlaksananya penggunaan 'Access Card' bagi kenderaan ini adalah diharapkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti ini dapat dielakkan.

Bagi pemilik-pemilik petak yang tidak mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan tidak melebihi 3 bulan adalah dikehendaki memohon 'access card' ini dari pejabat pengurusan pada waktu pejabat.  Bayaran deposit RM50.00 dikenakan bagi setiap 'access card' yang dipohon.

Bagi pemilik/penghuni  yang tidak mempunyai 'access card' tersebut hendaklah mendaftar kenderaan dan maklumat peribadi dipondok Pengawal  pada setiap kali keluar/masuk ke dalam kawasan Intan Apartment.

Peraturan yang sama juga dikenakan kepada semua pelawat & kontraktor yang ingin berurusan dengan pemilik/penghuni Intan Apartment.

Setiap pemilik yang melantik kontraktor bagi  menjalakan kerja-kerja penyelenggaraan di premis masing-masing hendaklah mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Borang permohonan boleh diambil dari pejabat pengurusan atau pondok pengawal.

Pengawal adalah berhak untuk tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan dan dicurigai memasuki  kawasan Intan Apartment pada bila-bila masa mulai sekarang.

Kerjasama semua pemilik/penghuni Intan Apartment adalah sangat-sangat dihargai.

Bersama-samalah kita menjaga keselamatan, kebersihan, harta-benda milik kita dan harta-benda milik bersama.





Ahad, 20 November 2011

Program Hari Keluarga & Karnival Sukan M4P 2011

Salam sejahtera penghuni Intan Apartment,

Sukacita dimaklumkan  Majlis Permufakatan Penduduk-Penduduk Parlimen Setiawangsa (M4P) dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa dan  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Setiawangsa akan menganjurkan PROGRAM HARI KELUARGA & KARNIVAL SUKAN  M4P 2011 seperti berikut:-

Tarikh : 3 & 4  Disember 2011
Masa  : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat: Taman Kejiranan Air Panas, Jalan Semarak, Kuala Lumpur (bersebelahan PULAPOL)

Program yang akan dijalankan

1. Acara Sukan - Permainan -FUTSAL,Sepak Takraw, Bola Jaring, Basket Ball,Bola Tampar Lelaki dan Tarik Tarik Tali Lelaki. -

2. Acara Sukan Rakyat - Congkak,Terompah Gergasi,Lari Dalam Guni,Lambungan Kasih, Bowling Kelapa, Ikat Kaki berpasangan, Tiub Belon, Makan Epal, Bawa Bola Ping Pong Dlm Sudu

3. Pertandingan Mewarna - Peringkat  Umur 6-7 tahun,8-9 tahun, 10-12 tahun.

4. Gerai Pameran - Agensi Kerajaan dan Swasta.

5. Gerai Jualan  - Makanan & Minuman & Perkhidmatan

Penyertaan

a. Terbuka kepada semua persatuan-persatuan  penduduk parlimen setiawangsa khusunya Penghuni Intan Apartment bagi mewakili Perbadanan Pengurusan Intan Apartment/Persatuan Penduduk Intan Apartment.
b. Untuk penduduk Intan - Sila dapatkan borang penyertaan di Pejabat Pengurusan Intan Apartment pada waktu pejabat  -tel: 03-42572528 atau email ke intanapartments@yahoo.com  atau  intanapartments@gmail.com dengan menyatakan nama, no kad pengenalan, no apartment, no telefon, jenis sukan/permainan yang ingin disertai sebelum 25hb Nov Jam 10 malam
c. Bagi acara sukanika dan sukan rakyat, bagi mereka yang ingin mengambil bahagian, boleh mendaftar untuk menyertai acara-acara pada hari pertandingan ditapak karnival berkenaan mulai jam 8.00 pagi.
c. Penyertaan adalah percuma
d. Hadiah-Hadiah menarik disediakan oleh pihak penganjur



Bersama Bergerak Ke Arah Setiawangsa Gemilang

Perbadanan Pengurusan Intan Apartment - Laporan Audit Perakaunan dan Laporan Tahunan Berakhir Pada 31/8/2011


Sila dapat laporan audit perakaunan dan tahunan yang berakhir pada 31/8/2011 dari Pejabat Pengurusan mulai sekarang pada waktu pejabat.

Jika Pemilik ingin mendapatkan  softcopy, sila email kepada intanapartments@gmail.com.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 akan di adakan seperti berikut:-

Tarikh: 4 December 2011
Masa  : Jam 10 pagi
Tempat: Dewan Komuniti Intan Apartments

Di atas keperihatinan dan kerjasama anda saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sabtu, 19 November 2011

Perbadanan Pengurusan Intan Apartments

Salam sejahtera semua penghuni intan apartment,


Sebarang masalah berhubung kait dengan Perbadanan Pengurusan Intan apartment bolehlah dikemukakan di blog ini. 

Kita akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 Pada 4hb Dec ini di Dewan Komuniti, Intan Apartment mulai pukul 10 pagi.

Semua penghuni dijemput hadir bagi membincangkan isu-isu untuk kepentingan kita bersama.