Isnin, 21 November 2011

Penggunaan Acces Card untuk pemilik-pemilik petak/rumah di Apartment Intan

Salam sejahtera kepada pemilik/penghuni Intan Apartment


Jawatankuasa Pengurusan (MC) Intan Apartment telah bersetuju sebulat suara mulai 15hb November 2011, proses keluar/masuk di kawasan Intan Apartment akan dipertingkatkan demi keselamatan dan kesejahteraan pemilik dan penghuni Intan Apartment.

Kita sering kali mendengar pelbagai jenayah telah berlaku di kawasan kita seperti rompakan dan kecurian harta benda pemilik dan penghuni di kawasan Intan Apartment.  Dengan terlaksananya penggunaan 'Access Card' bagi kenderaan ini adalah diharapkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti ini dapat dielakkan.

Bagi pemilik-pemilik petak yang tidak mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan tidak melebihi 3 bulan adalah dikehendaki memohon 'access card' ini dari pejabat pengurusan pada waktu pejabat.  Bayaran deposit RM50.00 dikenakan bagi setiap 'access card' yang dipohon.

Bagi pemilik/penghuni  yang tidak mempunyai 'access card' tersebut hendaklah mendaftar kenderaan dan maklumat peribadi dipondok Pengawal  pada setiap kali keluar/masuk ke dalam kawasan Intan Apartment.

Peraturan yang sama juga dikenakan kepada semua pelawat & kontraktor yang ingin berurusan dengan pemilik/penghuni Intan Apartment.

Setiap pemilik yang melantik kontraktor bagi  menjalakan kerja-kerja penyelenggaraan di premis masing-masing hendaklah mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Borang permohonan boleh diambil dari pejabat pengurusan atau pondok pengawal.

Pengawal adalah berhak untuk tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan dan dicurigai memasuki  kawasan Intan Apartment pada bila-bila masa mulai sekarang.

Kerjasama semua pemilik/penghuni Intan Apartment adalah sangat-sangat dihargai.

Bersama-samalah kita menjaga keselamatan, kebersihan, harta-benda milik kita dan harta-benda milik bersama.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan