Salam Sejahtera Kepada Penduduk Intan Apartment.
Untuk maklumat semua penduduk, Perbadanan Pengurusan Intan Apartment telah menubuhkan satu badan lain bagi menyatukan semua penduduk-penduduk intan apartment dibawah satu payung .
Pertubuhan ini telah diluluskan pendaftaran oleh JPPM pada 11hb Mac yang lalu. Pertubuhan ini diberi nama "PERSATUAN PENDUDUK INTAN APARTMENT TAMAN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR"
Syarat-syarat untuk menjadi ahli adalah seperti berikut:-
a. Semua penduduk yang tinggal di dalam kawasan intan apartment (pemilik dan penyewa) yang berumur 18 tahun ke atas.
b. Bagi mereka yang berumur kurang dari 18 tahun hendaklah mendapat persetujuan ibubapa/penjaga dan tidak layak mengundi di dalam mesyuarat agung.
c. Mendapatkan borang keahlian di pejabat pengurusan.
Syarat-syarat pembayaran Yuran
a. Yuran Masuk - RM1.00
b. Yuran Tahunan Keahlian - RM2.00
c. Kegagalan menjelaskan yuran tahunan keahlian 2 tahun berturut-turut, keahliannya akan dibatalkkan.
Penyerahan Borang Keahlian
a. Pada waktu pejabat di pejabat pengurusan
b. Mengisi borang keahlian dan menyertakan yuran masuk dan yuran keahlian.
c. Kelulusan permohonan keahlian adalah muktamad jawatakuasa eksekutif.
Objektif:-
a. Merapatkan lagi hubungan di antara penduduk melalui kegiatan sosial dan sukan.
b. Menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
c. Lain-lain aktiviti yang dapat memebri faedah kepada penduduk setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan