Sabtu, 6 April 2013

Bayaran Bulann Wang Penyelenggaraan - Perbadanan Pengurusan Intan Apartment

Salam Sejahtera kepada  Semua Pemilik Petak/Penghuni Intan   Apartment

Untuk pengetahuan pemilik petak/penyewa petak,  Perbadanan Pengurusan Intan Apartment  dan Suruhanjaya Bangunan (COB) DBKL  sedang  megemaskini data-data pemilik petak di Apartrment Intan.

Terdapat banyak surat-surat dan dokumen  yang dialamatkan kepada  unit-unit/petak yang telah  kosong.  Hasil lawatan pihak pengrusan, terdapat unit/petak  berkenaan telah ditinggalkan sejak sekian lama dan maklumat pemilikan yang terdapat dipejabat pengurusan juga tidak dikemas kini. Pihak perbadanan pengurusan mempunyai kesukaran untuk menjejaki pemilik-pemilik berkenaan.

 Pihak perbadanan memohon kerjasama  agar semua pemilik-pemilik petak di Intan  dapat mengemaskini data-data pemilikan unit petak mereka di pejabat perbadanan pengurusan seberapa segera yang mungkin.  Pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) DBKL telah mengarahkan pihak perbadanan mengemaskini data-data pemilik sebelum 30hb Jun 2013.

Kepada pemilik-pemilik aset di Intan  Apartment  diharap mengambil tindakan segera mengenai perkara ini.

Pendaftaran Keahlian Persatuan Penduduk Intan Apartment Taman Setiawangsa Kuala Lumpur

Salam Sejahtera kepada semua

Pendaftaran keahlian tersebut di atas sedang di buka sekarang. Sila dapatkan borag  keahlian di pondok pengawal dan mengisi maklumat yg dikehendaki dan diserahkan kembali ke pondok pengawal beserta dengan yuran masuk RM1.00 dan yuran keahlian tahunan RM2.00

Kerjasama penduduk-penduduk mengenai perkara tersebut diucapkan berbanyak terima kasih.

Objektif persatuan:-

a. Menggalakan kegiatan sukan/ aktiviti beriadah  di kalangan penduduk intan
b. Memupuk  sikap kerjasama, suai mesra  dikalangan penghuni Intan apartment
c..Lain-lain aktiviti berfaedah untuk penduduk setempat.