Salam Sejahtera Kepada Pemilik/Penghuni Intan Apartment,
Sukacita dimaklumkan kepada semua pemilik/penghuni Intan Apartment, pasukan FUTSAL Intan Apartment telah mendapat tempat KETIGA didalam Pesta/Program Hari Keluarga & Karnival Sukan M4P 2011 yang telah diadakan pada 3 & 4 Disember 2011 di Taman Kejiranan Air Panas, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pihak Jawatankuasa Perbadanan Intan Apartment/Persatuan Penduduk ingin merakankan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada pasukan kita.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah DBKL & YB Dato Seri Zulhasnan Rafique selaku Ahli Parlimen Setiawangsa.
Semoga pasukan kita akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang dimasa yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan