Salam Sejahtera kepada pemilik/penghuni Intan Apartment,
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 telah selesai diadakan pada Ahad 11hb Disember 2011, pada pukul 10 pagi hingga 1 petang bertempat di Dewan Komuniti, Intan Apartment.
Agenda Mesyuarat:-
a. Meluluskan resolusi untuk menukarkan tarikh berakhir penyata kewangan Intan Apartment dari 31hb Januari ke 31 Ogos setiap tahun. Objektif penukaran adalah, bagi memastikan setiap laporan kewangan yang telah di audit dapat dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
b. Meluluskan resolusi untuk menerima penyata kewangan berakhir pada 31/8/2011 yang telah diaudit
c. Meluluskan resolusi untuk membuka akaun bank khusus untuk menyimpan wang "singking fund"
d. Melantik Jawatankuasa Pengurusan (MC) sesi 2011/2012 seramai 7 orang dan seorang audit dalaman.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 petang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan