Salam Sejahtera Pemilik dan Penghuni Intan Apartment.
Sukacita dimaklumkan, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ( KWPK)telah meluluskan permohonan Perbadanan Intan Apartrment untuk menjalankan kerja-kerja tersebut di atas pada 19hb Sept 2012
Surat kelulusan KWPKB ini akan tamat tempoh pada 23hb March 2013.
Seperti di persetujui di dalam mesyuarat agung yang lalu, setiap pemilik dikehendaki membayar RM500 sebagai tambahan kepada 30% sumbangan perbadanan kepada Urusetia TP1M
Sebarang masalah/perkara berbangkit ianya boleh diemailkan kepada Pn Sheila - email: intanapartmnents@yahoo.com
WASSALAM
No Pendaftaran JPPM: PPM-015-14-11032013
Sabtu, 29 September 2012
Majlis Sambutan Aidilfitri 1433H
Salam Sejahtera kepada Pemilik & Penghuni Intan,
Jawatankuasa Pengurusan, Perbadanan Pengurusan Intan Apartment ingin merakamkan ribuah terima kasih kepada semua pemilik dan penghuni intan apartment yang telah sudi hadir pada majlis tersebut.
Untuk pengetahuan semua, dianggarkan 350 orang yang telah hadir dimajlis tersebut dan tidak berlakunya ketidakcukupan dan pembaziran makanan.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Khas, Ahli Parlimen Setiawangsa & keluarga mewakili Ahli Parlimen Setiawangsa dan Pegawai DBKL Setiawangsa..
Sesunggunhnya dengan adanya majlis tersebut dapat mengeratkan hubungan sesama pemilik/penghuni, jawatankuasa pengurusan dan jemaah surau an nur yang telah sudi mengadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk penduduk intan.
Semoga penduduk intan dapat tinggal dan keadaan sejahtera dan harmoni, dapat mematuhi peraturan peraturan yang dibuat oleh perbadanan pengurusan intan apartment serta saling bantu-membantu, bertanggungjawab dan sentiasa bertolak ansur dan bekerjasama diantara satu sama lain.
Tanggungjawab menjaga harta benda dan tanggungan bersama adalah hak pemilik unit semua.

Selasa, 11 September 2012
Majlis Sambutan Aidil Fitri 1433H & Hari Malaysia 2012
Salam Sejahtera kepada Pemilik dan Penghuni Intan Apartment
Dengan hormatnya dimaklumkan, Jawatankuasa Pengurusan, Perbadanan Pengurusan Intan Apartment akan mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri 1433H & Hari Malaysia 2012 seperti berikut:-
Tarikh: 16hb Sept 2012
Tempat: Dewan Komuniti Intan Apartment
Masa: 8.00 hingga 10.00 Malam
Dengan sukacitanya pihak pengurusan, menjemput semua penghuni intan apartment untuk menghadirkan diri kemajlis tersebut.
Aturcara Majlis:-
7.40: Ketibaan Jemaah Surau Al Nur & Penghuni Intan Apartments
7.45: Majlis Tahlil dan Doa Selamat ringkas
8.00 : Majlis jamuan buffet dimulakan.
10.30 Majlis Bersurai

Ahad, 9 September 2012
Penggunaan Access Card
Salam Sejahtera kepada Pemilik & Penghuni Intan Apartment
Mulai 1hb Sept 2012, semua pemilik & penghuni Intan Apartment adalah diwajibkan menggunakan access card untuk masuk dan keluar dari kawasan Intan Apartment.
Kegagalan pemilik dan penghuni menggunakan access card akan menyebabkan pengawal keselamatan akan menahan kenderaan daripada memasuki kawasan Intan Apartment.
Penggunaan access card sepenuhnya mulai 1hb Sept adalah bertujuan, untuk meningkatkan lagi tahap pengawasan keselamatan dikawasan Intan apartment, disamping itu juga ianya bertujuan untuk mempastikan pemili-pemilik unit agar dapat membayar yuran penyelenggaraan mereka yang selama ini diabaikan oleh mereka-mereka yang berkenaan.
Saya suka mengingatkan semua pemilik unit/petak di kawasan intan apartment, tuan/puan adalah PEMILIK BERSAMA intan apartment bukan PEMILIKAN INDIVIDU. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA TANPA MEMIKIRKAN KEPENTINGAN PEMILIK-PEMILIK YANG LAIN.
ADALAH TIDAK ADIL KEPADA PEMILIK YANG SENTIASA MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN BERBANDING DENGAN MEREKA YANG LANGSUNG TIDAK MEMBERI KERJASAMA UNTUK MENJELASKAN TUNGGAKAN WANG YURAN PENYELENGGARAAN MEREKA
TINDAKAN SETERUSNYA IALAH MEMAPARKAN NAMA PEMEGANG UNIT/PETAK YANG MEMPUNYAI TUNGGAKAN MELEBIHI RM1,000 DALAM BLOG INI AKAN DIBUAT TIDAK LAMA LAGI JIKA TIADA PERUBAHAN DAN PENYELESAIAN DILAKUKAN SECEPAT MUNGKIN.
PEMILIKAN ASET DAN TANGGUNGAN BERSAMA HENDAKLAH DIJADIKAN PEGANGAN KEPADA SEMUA PEMILIK UNIT/PETAK DI INTAN APARTMENT.
Mengikut Strata Title Act 663, Pihak pengurusan berhak mengambil tindakan keatas pemilik-pemilik yang gagal membayar yuran peyelenggaraan secara berkala.
Adalah diharapkan kerjasama semua pemilik dan penghuni agar mendapatkan access card dipejabat pengurusan pada waktu pejabat
Di atas kerjasama dan perhatian tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

Sabtu, 23 Jun 2012
Inisiatif-Inisiatif Jawatankuasa Pengurusan Mulai 1hb Julai 2012
Salam Sejahtera kepada Pemilik dan Penghuni Intan Apartments
Berikut adalah inisiatif-inisiatif yang akan dijalankan Jawatankuasa Pengurusan dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Intan apartments mulai 1hb Julai dan seterusnya:-
a. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan intan apartments langkah-langkah segera akan diambil seperti berikut:-
i) Pengawal Keselamatan tidak akan membenarkan mana-mana pemilik dan penghuni intan apartments memasuki kekawasan
apartment jika tidak memiliki 'access card' mulai 1hb September 2012.
ii) Pelawat-pelawat ke intan apartments pula hendaklah mendaftar di pondok pelawat dan dikehendaki meninggalkan dokumen pengenalan diri.
b. Kerjasama pemilik adalah diharapkan untuk menjelaskan yuran penyelenggaraan bulanan dan menyemak bil penyelenggaraan masing-masing secara berkala. Tindakan segera bagi menjelaskan tunggakan adalah sangat-sangat dihargai. Tindakan yang akan menyusahkan pemegang unit/petak yang mempunyai tunggakan yuran penylenggaraan yang sangat tinggi akan dilakukan sedikit masa lagi. Pihak Suruhanjaya Bangunan (COB) DBKL dalam proses penilaian terakhir untuk menyita atau melelong unit/petak yang mempunyai baki tunggakan yuran penyelenggaraan berkenaan
c. Mulai 1hb Jun yang lalu, Jawatankuasa Pengurusan telah melantik kontraktor pembersihan yang baru bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan intan apartments. Kontraktor tersebut diberi tempoh percubaan selama 6 bulan dan jika Jawatankuasa Pengurusan mendapati ianya memuaskan, kontrak selama setahun akan dttandatanagani.
d. Disamping itu juga mulai 1hb Sept 2012 Jawatankuasa pengurusan juga akan melantik syarikat kawalan keselamatan yang baru bagi mengawal pintu masuk/keluar dan persekitaran kawasan intan apartment.
e. Bagi meningkatkan lagi nilai aset intan apartrments, Jawatankuasa Pengurusan dalam mesyuaratnya pada bulan Mei yang lalu, bersetuju untuk memohon bantuan 'Tabung Penyelenggaraan Pangsapuri 1 Malaysia' dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa. Kandungan permohonan adalah seperti berikut:-
i) Membekal dan Menjalankan kerja-kerja membaikpulih siling dan kerangka bumbung di enam (6) blok utama,
ii) Menjalankan kerja-kerja mengecat di ke semua bahagian luar di enam (6) blok bangunan dan palang besi di koridor dan tangga untuk kesemua 320 unit pteak yang sedia ada.
Untuk makluman, disebabkan intan apartments adalah projeck kos sederhana rendah swasta, kementerian akan membiayai hanya 70% keseluruhan kos kerja-kerja tersebut dan baki 30% hendaklah ditanggung oleh 320 pemilik unit melalui Perbadanan Pengurusan Intan Apartments. Jawatankuasa Pengurusan masih lagi menunggu maklumbalas dari konsultan, Pejabat Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai anggaran kos kerja-kerja tersebut setelah dibuat lawatan tapak pada 7hb Ogos 2012.. Pejabat Pengurusan akan memaklumkan butiran selanjutnya setelah penilaian kos telah ditetapkan oleh pihak konsultan DBKL dan Pejabat Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan. Untuk makluman semua pemilik unit/petak, Rujukan Fail Kementerian mengenai perkara ini ialah KWPKB:24/867/19/1 Jld 17 (31). Pegawai bertugas untuk pertanyaan: En Syahrul Hazie -03-8889 7929 atau En Mohd Hirmi Husin - 03-8889 7903.
terima kasih.

Selasa, 1 Mei 2012
Yuran Penyelenggaraan/Maintenance Fees
Salam Sejahtera kepada semua Pemilik petak/unit di Apartment Intan
Adalah dimaklumkan kepada semua pemilik petak/unit di Apartment Intan, dianggarkan 35% daripada jumlah pemilik petak/unit telah gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan/maintenance fees dan mempunyai tunggakan melebihi tiga (3) bulan.
Mengikut Akta Bangunan & Harta Bersama 2007 Akta 663 [Penyelenggaraan Bangunan dan Pengurusan] adalah menjadi satu kesalahan, jika pemilik petak/unit gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan/maintenanance fees seperti yang telah ditetapkan di dalam akta tersebut.
Sehingga kini, dianggarkan sebanyak RM500,000 yuran penyelenggaraan/.maintenance fees tertunggak dan gagal dijelaskan oleh pemilik petak/unit di Apartment Intan.
Untuk makluman pemilik petak/unit, setiap bulan jawatankuasa menghadapi masalah bagi melunaskan bayaran kutipan sampah, membersih kawasan sekitar dan kawalan keselamatan.
Akibat daripada masalah tersebut juga , banyak kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dijalankan seperti membaiki bumbung yang rosak, menukar saluran air hujan, membaiki jalan berlubang dan lain-lain lagi .
Bagi pihak jawatankuasa pengurusan, saya menyeru kepada semua pemilik petak/unit agar menjelaskan yuran penyelenggaraan bulanan dan tunggakan jika berkaitan. Bagi pemilik unit yang mempunyai tunggakan yang sangat besar, silalah membuat penyelesaian dan datang berbincang dengan pihak pengurusan secepat mungkin. Setiap pemilik tidak akan terlepas daripada menjelaskan yuran penyelenggaraan, lambat laun pihak Suruhanjaya Bangunan (COB) akan mengambil tindakan dengan melelong unit tuan/puan kepada umum bagi menyelesaikan tunggakan yuran penyelenggaraan tuan/puan semua.
Sama-samalah kita meningkatkan semangat kejiranan, bertimbang rasa, bermufakat dan kerjsama di antara kita bagi menjamin keselesaan kehidupan penghuni-penghuni di kawasan Apartment Intan.

Sabtu, 14 Januari 2012
Agent Pengurusan Untuk Perbadanan Pengurusan Intan Apartment
Salam Sejahtera kepada semua pemilik/penghuni Intan Apartment.
Sukacita dimaklumkan, Perbadanan Pengurusan Intan Apartment telah melantik Influx Sdn Bhd sebagai agen untuk menguruskan semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Perbadanan Pengurusan Intan Apartment dipejabat pengurusan semenjak Sept 2010.
Jawatankkuasa Pengurusan, memohon kerjasama pemilik/penghuni Intan Apartment untuk memberi pandangan dan komen akan prestasi Influx Sdn Bhd dari masa ke semasa.
Semua komen-komen dan pandangan-pandangan bolehlah dihantar ke email berikut:
a. mzawawie@gmail.com
b. intanapartments@gmail.com
Di atas keperihatinan dan kerjasama pemilik/penghuni diucapkan ribuan terima kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)