Sabtu, 23 Jun 2012

Inisiatif-Inisiatif Jawatankuasa Pengurusan Mulai 1hb Julai 2012

Salam Sejahtera kepada Pemilik dan Penghuni Intan Apartments

Berikut adalah inisiatif-inisiatif yang akan dijalankan Jawatankuasa Pengurusan dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Intan apartments mulai 1hb  Julai dan seterusnya:-

a.   Bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan intan apartments langkah-langkah segera akan diambil seperti berikut:-
      i) Pengawal Keselamatan tidak akan membenarkan mana-mana pemilik dan penghuni intan apartments memasuki kekawasan 
apartment jika tidak memiliki  'access card' mulai 1hb September 2012.
     ii) Pelawat-pelawat ke intan apartments pula hendaklah mendaftar di pondok pelawat dan dikehendaki meninggalkan dokumen pengenalan diri.
b.   Kerjasama pemilik adalah diharapkan untuk menjelaskan yuran penyelenggaraan bulanan dan menyemak bil penyelenggaraan masing-masing secara berkala.   Tindakan segera bagi menjelaskan tunggakan adalah sangat-sangat dihargai. Tindakan yang akan menyusahkan pemegang unit/petak yang mempunyai tunggakan yuran penylenggaraan yang sangat tinggi akan dilakukan sedikit masa lagi. Pihak Suruhanjaya Bangunan (COB)  DBKL dalam proses penilaian terakhir untuk menyita atau melelong unit/petak yang mempunyai baki tunggakan yuran penyelenggaraan berkenaan

c.    Mulai 1hb Jun yang lalu, Jawatankuasa Pengurusan telah melantik kontraktor pembersihan yang baru  bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan intan apartments.  Kontraktor tersebut diberi tempoh percubaan selama 6 bulan dan jika  Jawatankuasa Pengurusan mendapati ianya memuaskan, kontrak selama setahun akan dttandatanagani.
d.  Disamping itu juga  mulai 1hb Sept 2012 Jawatankuasa pengurusan juga akan  melantik syarikat kawalan keselamatan yang baru bagi  mengawal pintu masuk/keluar dan persekitaran kawasan intan apartment.

e.    Bagi meningkatkan lagi nilai aset intan apartrments, Jawatankuasa Pengurusan dalam mesyuaratnya pada bulan Mei yang lalu, bersetuju untuk memohon bantuan 'Tabung Penyelenggaraan Pangsapuri 1 Malaysia' dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa.  Kandungan permohonan adalah seperti berikut:-
       i) Membekal dan Menjalankan kerja-kerja membaikpulih  siling dan kerangka bumbung di enam (6) blok utama,
     ii)  Menjalankan kerja-kerja mengecat di ke semua bahagian luar di enam (6) blok bangunan dan  palang besi di koridor dan tangga untuk kesemua 320 unit pteak yang sedia ada.

Untuk makluman, disebabkan intan apartments adalah projeck kos sederhana rendah swasta, kementerian akan membiayai hanya 70% keseluruhan kos kerja-kerja tersebut dan baki 30% hendaklah ditanggung oleh  320 pemilik unit melalui Perbadanan Pengurusan Intan Apartments.  Jawatankuasa Pengurusan masih lagi  menunggu maklumbalas dari konsultan, Pejabat Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai anggaran kos kerja-kerja tersebut setelah dibuat lawatan tapak pada 7hb Ogos 2012.. Pejabat Pengurusan akan memaklumkan butiran selanjutnya setelah penilaian kos telah ditetapkan oleh pihak  konsultan DBKL dan Pejabat Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan.  Untuk makluman semua pemilik unit/petak, Rujukan Fail Kementerian mengenai perkara ini ialah   KWPKB:24/867/19/1 Jld 17 (31). Pegawai bertugas untuk pertanyaan: En Syahrul Hazie -03-8889 7929 atau En Mohd Hirmi Husin - 03-8889 7903.

terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan