Ahad, 9 September 2012

Penggunaan Access Card

Salam Sejahtera kepada Pemilik & Penghuni Intan Apartment

Mulai 1hb Sept  2012, semua pemilik & penghuni Intan Apartment adalah diwajibkan menggunakan access card untuk masuk dan keluar dari kawasan Intan Apartment.

Kegagalan pemilik dan penghuni  menggunakan access card akan menyebabkan pengawal keselamatan akan menahan kenderaan daripada memasuki kawasan Intan Apartment.

Penggunaan access card sepenuhnya mulai 1hb Sept adalah bertujuan, untuk meningkatkan lagi tahap pengawasan keselamatan dikawasan Intan apartment, disamping itu juga ianya bertujuan untuk mempastikan pemili-pemilik unit agar dapat membayar yuran penyelenggaraan mereka yang selama ini diabaikan oleh mereka-mereka yang berkenaan.

Saya suka mengingatkan semua pemilik unit/petak di kawasan intan apartment, tuan/puan adalah PEMILIK BERSAMA intan apartment bukan PEMILIKAN  INDIVIDU.  JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA TANPA MEMIKIRKAN KEPENTINGAN PEMILIK-PEMILIK YANG LAIN.

ADALAH TIDAK ADIL KEPADA PEMILIK YANG SENTIASA MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN BERBANDING DENGAN MEREKA YANG LANGSUNG TIDAK MEMBERI KERJASAMA UNTUK MENJELASKAN TUNGGAKAN WANG YURAN PENYELENGGARAAN MEREKA

TINDAKAN SETERUSNYA IALAH  MEMAPARKAN  NAMA PEMEGANG UNIT/PETAK YANG MEMPUNYAI TUNGGAKAN  MELEBIHI RM1,000 DALAM BLOG INI AKAN DIBUAT TIDAK LAMA LAGI JIKA TIADA PERUBAHAN DAN PENYELESAIAN DILAKUKAN SECEPAT MUNGKIN.

PEMILIKAN ASET DAN TANGGUNGAN BERSAMA HENDAKLAH DIJADIKAN PEGANGAN KEPADA SEMUA PEMILIK UNIT/PETAK DI INTAN APARTMENT.

Mengikut Strata Title Act  663, Pihak pengurusan berhak mengambil tindakan keatas pemilik-pemilik yang gagal membayar yuran peyelenggaraan secara berkala.

Adalah diharapkan kerjasama semua pemilik dan penghuni agar mendapatkan access card  dipejabat pengurusan pada waktu pejabat

Di atas kerjasama dan perhatian tuan/puan diucapkan  jutaan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan