Salam Sejahtera kepada pemilik/penghuni Intan Apartment,
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 telah selesai diadakan pada Ahad 11hb Disember 2011, pada pukul 10 pagi hingga 1 petang bertempat di Dewan Komuniti, Intan Apartment.
Agenda Mesyuarat:-
a. Meluluskan resolusi untuk menukarkan tarikh berakhir penyata kewangan Intan Apartment dari 31hb Januari ke 31 Ogos setiap tahun. Objektif penukaran adalah, bagi memastikan setiap laporan kewangan yang telah di audit dapat dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
b. Meluluskan resolusi untuk menerima penyata kewangan berakhir pada 31/8/2011 yang telah diaudit
c. Meluluskan resolusi untuk membuka akaun bank khusus untuk menyimpan wang "singking fund"
d. Melantik Jawatankuasa Pengurusan (MC) sesi 2011/2012 seramai 7 orang dan seorang audit dalaman.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 petang
No Pendaftaran JPPM: PPM-015-14-11032013
Ahad, 11 Disember 2011
Ahad, 4 Disember 2011
Program Hari Keluarga & Karnival Sukan M4P 2011
Salam Sejahtera Kepada Pemilik/Penghuni Intan Apartment,
Sukacita dimaklumkan kepada semua pemilik/penghuni Intan Apartment, pasukan FUTSAL Intan Apartment telah mendapat tempat KETIGA didalam Pesta/Program Hari Keluarga & Karnival Sukan M4P 2011 yang telah diadakan pada 3 & 4 Disember 2011 di Taman Kejiranan Air Panas, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pihak Jawatankuasa Perbadanan Intan Apartment/Persatuan Penduduk ingin merakankan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada pasukan kita.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah DBKL & YB Dato Seri Zulhasnan Rafique selaku Ahli Parlimen Setiawangsa.
Semoga pasukan kita akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang dimasa yang akan datang.

Isnin, 21 November 2011
Penggunaan Acces Card untuk pemilik-pemilik petak/rumah di Apartment Intan
Salam sejahtera kepada pemilik/penghuni Intan Apartment
Jawatankuasa Pengurusan (MC) Intan Apartment telah bersetuju sebulat suara mulai 15hb November 2011, proses keluar/masuk di kawasan Intan Apartment akan dipertingkatkan demi keselamatan dan kesejahteraan pemilik dan penghuni Intan Apartment.
Kita sering kali mendengar pelbagai jenayah telah berlaku di kawasan kita seperti rompakan dan kecurian harta benda pemilik dan penghuni di kawasan Intan Apartment. Dengan terlaksananya penggunaan 'Access Card' bagi kenderaan ini adalah diharapkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti ini dapat dielakkan.
Bagi pemilik-pemilik petak yang tidak mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan tidak melebihi 3 bulan adalah dikehendaki memohon 'access card' ini dari pejabat pengurusan pada waktu pejabat. Bayaran deposit RM50.00 dikenakan bagi setiap 'access card' yang dipohon.
Bagi pemilik/penghuni yang tidak mempunyai 'access card' tersebut hendaklah mendaftar kenderaan dan maklumat peribadi dipondok Pengawal pada setiap kali keluar/masuk ke dalam kawasan Intan Apartment.
Peraturan yang sama juga dikenakan kepada semua pelawat & kontraktor yang ingin berurusan dengan pemilik/penghuni Intan Apartment.
Setiap pemilik yang melantik kontraktor bagi menjalakan kerja-kerja penyelenggaraan di premis masing-masing hendaklah mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Borang permohonan boleh diambil dari pejabat pengurusan atau pondok pengawal.
Pengawal adalah berhak untuk tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan dan dicurigai memasuki kawasan Intan Apartment pada bila-bila masa mulai sekarang.
Kerjasama semua pemilik/penghuni Intan Apartment adalah sangat-sangat dihargai.
Bersama-samalah kita menjaga keselamatan, kebersihan, harta-benda milik kita dan harta-benda milik bersama.

Ahad, 20 November 2011
Program Hari Keluarga & Karnival Sukan M4P 2011
Salam sejahtera penghuni Intan Apartment,
Sukacita dimaklumkan Majlis Permufakatan Penduduk-Penduduk Parlimen Setiawangsa (M4P) dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Setiawangsa akan menganjurkan PROGRAM HARI KELUARGA & KARNIVAL SUKAN M4P 2011 seperti berikut:-
Tarikh : 3 & 4 Disember 2011
Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat: Taman Kejiranan Air Panas, Jalan Semarak, Kuala Lumpur (bersebelahan PULAPOL)
Program yang akan dijalankan
1. Acara Sukan - Permainan -FUTSAL,Sepak Takraw, Bola Jaring, Basket Ball,Bola Tampar Lelaki dan Tarik Tarik Tali Lelaki. -
2. Acara Sukan Rakyat - Congkak,Terompah Gergasi,Lari Dalam Guni,Lambungan Kasih, Bowling Kelapa, Ikat Kaki berpasangan, Tiub Belon, Makan Epal, Bawa Bola Ping Pong Dlm Sudu
3. Pertandingan Mewarna - Peringkat Umur 6-7 tahun,8-9 tahun, 10-12 tahun.
4. Gerai Pameran - Agensi Kerajaan dan Swasta.
5. Gerai Jualan - Makanan & Minuman & Perkhidmatan
Penyertaan
a. Terbuka kepada semua persatuan-persatuan penduduk parlimen setiawangsa khusunya Penghuni Intan Apartment bagi mewakili Perbadanan Pengurusan Intan Apartment/Persatuan Penduduk Intan Apartment.
b. Untuk penduduk Intan - Sila dapatkan borang penyertaan di Pejabat Pengurusan Intan Apartment pada waktu pejabat -tel: 03-42572528 atau email ke intanapartments@yahoo.com atau intanapartments@gmail.com dengan menyatakan nama, no kad pengenalan, no apartment, no telefon, jenis sukan/permainan yang ingin disertai sebelum 25hb Nov Jam 10 malam
c. Bagi acara sukanika dan sukan rakyat, bagi mereka yang ingin mengambil bahagian, boleh mendaftar untuk menyertai acara-acara pada hari pertandingan ditapak karnival berkenaan mulai jam 8.00 pagi.
c. Penyertaan adalah percuma
d. Hadiah-Hadiah menarik disediakan oleh pihak penganjur
Bersama Bergerak Ke Arah Setiawangsa Gemilang

Perbadanan Pengurusan Intan Apartment - Laporan Audit Perakaunan dan Laporan Tahunan Berakhir Pada 31/8/2011
Sila dapat laporan audit perakaunan dan tahunan yang berakhir pada 31/8/2011 dari Pejabat Pengurusan mulai sekarang pada waktu pejabat.
Jika Pemilik ingin mendapatkan softcopy, sila email kepada intanapartments@gmail.com.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 akan di adakan seperti berikut:-
Tarikh: 4 December 2011
Masa : Jam 10 pagi
Tempat: Dewan Komuniti Intan Apartments
Di atas keperihatinan dan kerjasama anda saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sabtu, 19 November 2011
Perbadanan Pengurusan Intan Apartments
Salam sejahtera semua penghuni intan apartment,
Sebarang masalah berhubung kait dengan Perbadanan Pengurusan Intan apartment bolehlah dikemukakan di blog ini.
Kita akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 Pada 4hb Dec ini di Dewan Komuniti, Intan Apartment mulai pukul 10 pagi.
Semua penghuni dijemput hadir bagi membincangkan isu-isu untuk kepentingan kita bersama.

Langgan:
Catatan (Atom)